teks yang ingin dibuat berwarna warni
“Sesiapa yang Allah jadikan sebagai pemimpin rakyat, kemudian dia tidak jujur kepada mereka, maka Allah mengharamkan ke atasnya Syurga."(H.R Imam Bukhari)

Sunday, 11 November 2012

Pertarungan Empat Penjuru



Seekor rusa telah diserang hendap oleh seekor harimau bintang bersama tiga ekor anak-anaknya. Ketika serangan yang dilakukan oleh ibu harimau dan pergelutan berlaku, maka anak-anak harimau turut membantu  ibu mereka untuk membahang rusa tersebut. Dalam pergelutan beberapa minit itu rusa telah sedaya upaya menggunakan tenaganya untuk melepaskan diri termasuklah menggunakan tanduknya untuk menghadapi serangan si belang. Takdir telah menentukan bahawa rusa itu telah dapat melepaskan diri setelah berlaku pertarungan. Beberapa jam kemudian harimau bintang yang menyerang rusa telah mengalami cedera parah mengakibatkan ia beransur-ansur menjadi lemah dan akhirnya terbunuh/mati. Pengajaran ini menjelaskan bahawa pihak yang lemah jangan dipandang ringan dalam apa juga medan pertarungan. Manakala yang kuat jangan sombong. Ajal maut di tangan Allah Taala.




No comments:

Post a Comment