teks yang ingin dibuat berwarna warni
“Sesiapa yang Allah jadikan sebagai pemimpin rakyat, kemudian dia tidak jujur kepada mereka, maka Allah mengharamkan ke atasnya Syurga."(H.R Imam Bukhari)

Wednesday, 31 October 2012

Dedahkan Pemegang AP Eksport Minyak Sawit



Permit diluluskan (approved permit - AP) untuk mengeksport minyak sawit mentah (crude palm oil – CPO) mula diperkenalkan dalam tahun 2000. Ianya diberikan kepada syarikat-syarikat Malaysia yang mempunyai kilang penapisan minyak sawit (refineries) di luar negara (termasuk syarikat usahasama) bagi membolehkan mereka mengeksport CPO ke kilang berkenaan tanpa perlu membayar 23% duti eksport ke atas CPO. Dalam kata lain, CPO yang mereka eksport ke kilang milik mereka di luar negara adalah bebas cukai (duty-free CPO eksport).

Mula-mulanya, kerajaan menetapkan bahawa sebanyak 5 juta tan minyak sawit mentah boleh dieksport di bawah sistem AP berkenaan. Sekarang, kuota ini telah dinaikkan kepada 5.6 juta tan bersamaan kira-kira 30% daripada jumlah keluaran CPO negara. Baru-baru ini dilaporkan kuota ini dinaikkan lagi sebanyak 2 juta tan kepada 7.6 juta tan atas alasan untuk menggalakkan pengksportan longgokan CPO yang tidak terjual (CPO stockfile) yang cukup tinggi sekarang dan terus bertambah.  Peningkatan CPO tidak terjual khasnya sejak kebelakangan ini disebabkan CPO Malaysia kurang laris di pasaran antarabangsa berbanding CPO Indonesia berikutan tindakan Indonesia memotong duti eksport CPO dari negara itu sejak tahun 2011 yang menjadikan harga CPO Indonesia lebih murah daripada CPO Malaysia....


Sumber: DR ROSLI YAAKOP: Dedahkan Pemegang AP Eksport Minyak Sawit


No comments:

Post a Comment