Permit
diluluskan (approved permit - AP) untuk mengeksport minyak sawit mentah (crude
palm oil – CPO) mula diperkenalkan dalam tahun 2000. Ianya diberikan kepada
syarikat-syarikat Malaysia yang mempunyai kilang penapisan minyak sawit
(refineries) di luar negara (termasuk syarikat usahasama) bagi membolehkan
mereka mengeksport CPO ke kilang berkenaan tanpa perlu membayar 23% duti
eksport ke atas CPO. Dalam kata lain, CPO yang mereka eksport ke kilang milik
mereka di luar negara adalah bebas cukai (duty-free CPO eksport).
Mula-mulanya,
kerajaan menetapkan bahawa sebanyak 5 juta tan minyak sawit mentah boleh
dieksport di bawah sistem AP berkenaan. Sekarang, kuota ini telah dinaikkan
kepada 5.6 juta tan bersamaan kira-kira 30% daripada jumlah keluaran CPO
negara. Baru-baru ini dilaporkan kuota ini dinaikkan lagi sebanyak 2 juta tan
kepada 7.6 juta tan atas alasan untuk menggalakkan pengksportan longgokan CPO
yang tidak terjual (CPO stockfile) yang cukup tinggi sekarang dan terus
bertambah. Peningkatan CPO tidak terjual
khasnya sejak kebelakangan ini disebabkan CPO Malaysia kurang laris di pasaran
antarabangsa berbanding CPO Indonesia berikutan tindakan Indonesia memotong
duti eksport CPO dari negara itu sejak tahun 2011 yang menjadikan harga CPO Indonesia
lebih murah daripada CPO Malaysia....
Sumber: DR ROSLI YAAKOP: Dedahkan Pemegang AP Eksport Minyak Sawit
No comments:
Post a Comment