Diukur
dari segi nisbah kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK), hutang negara
Amerika (2010: 92%) adalah yang keempat tertinggi di dunia selepas negara Greek
(123%), Itali (127%) dan Jepun (197%). Kesemua negara ini menghadapi pelbagai
masalah ekonomi termasuk kadar pertumbuhan ekonomi yang rendah.
Ahli
ekonomi masih berbahas tentang paras hutang negara yang membahayakan ekonomi.
Di antaranya, Kenneth Rogoff dan Carmen Reinhart berhujah bahawa bagi
negara-negara maju, hutang negara mencapai paras bahaya apabila nisbah HN:KDNK
mencecah 90% dan ke atas kerana ia memudharatkan pertumbuhan ekonomi. Bagi
negara-negara sedang membangun, pertumbuhan ekonomi tertekan apabila nisbah
hutang luar negara kepada KDNK mencecah 60%. Mereka seterusnya memerhatikan
bahawa jarang didapati negara yang terjebak dalam hutang boleh membebaskan diri
darinya dengan mudah. Prof. Paul Krugman pula berpendapat sukar untuk
menentukan “paras hutang berbahaya.” Beliau melihat sebaliknya, iaitu,
pertumbuhan ekonomi yang rendah menyebabkan hutang negara meningkat. Contohnya,
hutang negara Jepun, negara-negara Eropah dan Amerika meningkat kerana
pertumbuhan ekonomi mereka berpanjangan rendah....
Sumber: DR ROSLI YAAKOP: Hutang Amerika
No comments:
Post a Comment